"KEMAS, BERSIH DAN CERIA PENCETUS TRANSFORMASI KERJA BERKUALITI"

Pages

SALAM RAMADHAN

Ramadhan Kareem....

Meskipun Aidilfitri tahun ini tidak dapat disambut bersama sanak-saudara di kampung halaman, kemanisan perayaan itu masih boleh dirasai walaupun diraikan dalam situasi normal baharu.
Orang ramai terpaksa akur ancaman pandemik Covid-19 di seluruh dunia ketika ini masih belum pulih dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk membendung wabak ini membataskan masyarakat menyambut Hari Raya bersama keluarga tercinta.
Namun begitu, ia tidak bermakna Hari Raya kali ini akan disambut dalam suasana suram dan bersedih kerana Aidilfitri diraikan sebagai tanda kemenangan dan kejayaan umat Islam selepas berjaya melaksanakan ibadah puasa wajib selama sebulan selain mengharungi ujian dan cabaran sepanjang Ramadhan.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri daripada kami Warga ZON GEORGETOWN.


0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Facebook