"KEMAS, BERSIH DAN CERIA PENCETUS TRANSFORMASI KERJA BERKUALITI"

Pages

Induk EKSA JKSNPP

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG

Zon Lebuh Armenian

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Zon Lebuh Campbell

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Zon Lebuh Downing

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH BARAT DAYA

Zon Lebuh King

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

Zon Lebuh Light

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG

Zon Lebuh Queen

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT

Zon Lebuh Victoria

UNIT PENTADBIRAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PULAU PINANG

PENILAIAN PERTANDINGAN SURAU PALING EFISIEN DAN BEST PRACTISE AMALAN EKSA

Rabu, 25 September 2019 - Hari ini berlangsung Penilaian Pertandingan Surau Paling Efisien dan Best Practise Amalan EKSA bagi semua Zon. Penilaian ini telah dinilai oleh juri jemputan Puan Azlina Binti Daud dari Swettenham Pier Cruise Terminal, Persara King Edward Pulau Pinang. Di dalam pertandingan ini perkara yang dinilaikan adalah berkenaan kebersihan dan kekemasan surau serta amalan EKSA yang telah dipraktikkan secara berterusan.

Juri Diiring Oleh Ketua Zon

PERUBAHAN NAMA ZON-ZON EKSA

Berdasarkan cabutan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EKSA Bilangan 2 Tahun 2019 yang telah dipengerusikan oleh YAA Dato' Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid, maka dengan ini nama Zon-zon EKSA JKSNPP telah ditukarkan berkuatkuasa 25 September 2019.


GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA BILANGAN 2 TAHUN 2019

Jumaat, 6 September 2019 - Program Gotong-royong Perdana telah diadakan melibatkan semua Zon dan kawasan persekitaran JKSNPP dan Mahkamah-mahkamah Rendah. Program ini diadakan sebagai persediaan menghadapi Audit Dalam EKSA pada 11 hingga 12 November 2019 nanti. Gotong-royong ini diadakan seharian bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Semua kakitangan terlibat di dalam aktiviti gotong-royong ini. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti mengemas kawasan perkarangan mahkamah, menanam pokok-pokok, mengemas ruang pejabat, mengemas meja kerja dan lain-lain lagi. Persekitaran yang kondusif terbukti menjadi satu faktor positif bagi meningkatkan produktiviti dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan warga JKSNPP. Keadaan ini dapat diwujudkan dengan pelaksanaan program-program kualiti yang dapat meningkatkan imej JKSNPP. Warga JKSNPP amat komited dan memberi komitmen penuh bersesuaian dengan polisi EKSA JKSNPP.

Gotong- Royong Di Perkarangan Kawasan Pejabat

Mengemas Barangan Terpakai

Sisih Barangan Yang Tidak Digunakan Lagi

Menyusun Semula Fail-fail

Menebang Ranting-ranting Pokok

Share

Twitter Facebook