"KEMAS, BERSIH DAN CERIA PENCETUS TRANSFORMASI KERJA BERKUALITI"

Pages

Induk EKSA JKSNPP

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG

Zon Lebuh Armenian

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Zon Lebuh Campbell

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Zon Lebuh Downing

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH BARAT DAYA

Zon Lebuh King

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

Zon Lebuh Light

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG

Zon Lebuh Queen

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT

Zon Lebuh Victoria

UNIT PENTADBIRAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PULAU PINANG

LAWATAN EKSA OLEH MSN MELAKA

Jumaat, 1 November 2019 - Hari ini Zon Georgetown berbesar hati menerima kunjungan Lawatan Penanda Aras EKSA dari Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM). Lawatan ini adalah sebagai lawatan balas dari MSN Melaka selepas JKSNPP membuat satu lawatan EKSA ke MSN Melaka pada 8 Oktober 2019 yang lalu. Lawatan ini juga bertujuan untuk melihat dan mengetahui berkaitan pelaksanaan EKSA di jabatan ini. Rombongan lawatan kali juga turut dibawa melawat Zon Batu Gantung.






PENILAIAN PERTANDINGAN SURAU PALING EFISIEN DAN BEST PRACTISE AMALAN EKSA

Rabu, 25 September 2019 - Hari ini berlangsung Penilaian Pertandingan Surau Paling Efisien dan Best Practise Amalan EKSA bagi semua Zon. Penilaian ini telah dinilai oleh juri jemputan Puan Azlina Binti Daud dari Swettenham Pier Cruise Terminal, Persara King Edward Pulau Pinang. Di dalam pertandingan ini perkara yang dinilaikan adalah berkenaan kebersihan dan kekemasan surau serta amalan EKSA yang telah dipraktikkan secara berterusan.

Juri Diiring Oleh Ketua Zon

PERUBAHAN NAMA ZON-ZON EKSA

Berdasarkan cabutan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EKSA Bilangan 2 Tahun 2019 yang telah dipengerusikan oleh YAA Dato' Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid, maka dengan ini nama Zon-zon EKSA JKSNPP telah ditukarkan berkuatkuasa 25 September 2019.


GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA BILANGAN 2 TAHUN 2019

Jumaat, 6 September 2019 - Program Gotong-royong Perdana telah diadakan melibatkan semua Zon dan kawasan persekitaran JKSNPP dan Mahkamah-mahkamah Rendah. Program ini diadakan sebagai persediaan menghadapi Audit Dalam EKSA pada 11 hingga 12 November 2019 nanti. Gotong-royong ini diadakan seharian bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Semua kakitangan terlibat di dalam aktiviti gotong-royong ini. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti mengemas kawasan perkarangan mahkamah, menanam pokok-pokok, mengemas ruang pejabat, mengemas meja kerja dan lain-lain lagi. Persekitaran yang kondusif terbukti menjadi satu faktor positif bagi meningkatkan produktiviti dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan warga JKSNPP. Keadaan ini dapat diwujudkan dengan pelaksanaan program-program kualiti yang dapat meningkatkan imej JKSNPP. Warga JKSNPP amat komited dan memberi komitmen penuh bersesuaian dengan polisi EKSA JKSNPP.

Gotong- Royong Di Perkarangan Kawasan Pejabat

Mengemas Barangan Terpakai

Sisih Barangan Yang Tidak Digunakan Lagi

Menyusun Semula Fail-fail

Menebang Ranting-ranting Pokok

LAWATAN EKSA OLEH INAPAN SISWA (INASIS) BANK RAKYAT UUM

Selasa, 20 Ogos 2019 - Hari ini Zon Lebuh Light berbesar hati menerima kunjungan Lawatan EKSA daripada Inapan Siswa (INASIS) Bank Rakyat Universiti Utara Malaysia. Kedatangan wakil dari pihak INASIS ini bertujuan bagi melihat dan mengetahui berkaitan pelaksanaan EKSA di jabatan ini.

Menandatangai Buku Pelawat

Taklimat EKSA

Penyampaian Cenderahati Kepada YAA Dato

Lawatan Ke Zon Lebuh Light


Bergambar Bersama Penyelaras EKSA JKSNPP





AUDIT DALAMAN EKSA BILANGAN 1 TAHUN 2019

Selasa, 9 April 2019 - Audit Dalaman EKSA Bil 1 bagi tahun 2019 telah dilaksanakan di Lebuh Light. Juri-juri yang terlibat di dalam audit ini adalah Pn.Dalila Hanisah Binti Abu Bakar, En.Abdul Munir Bin Ghazali, En. Mohd Helmi Bin Ismail dan Pn.Azlina Binti Shafee. Audit kali ini lebih tertumpu kepada kekemasan, kebersihan dan PIC bagi setiap lokasi yang telah banyak sudah bertukar.







GOTONG-ROYONG EKSA LEBUH LIGHT BILANGAN 1 TAHUN 2019

Sabtu, 16 Mac 2019 - Zon Eksa Lebuh Light telah mengadakan gotong-royong EKSA pertama bagi tahun 2019. Ia diadakan bagi menghadapi Audit Dalaman EKSA pada 9 April 2019 akan datang. Gotong-royong ini diadakan bagi memperbaiki lagi kebersihan, kekemasan dan keselamatan yang perlu ada di dalam EKSA.


TAHNIAH ZON LEBUH LIGHT MENDAPAT PERSIJILAN SEMULA EKSA DENGAN CEMERLANG

Jumaat, 29 Disember 2018 - Penyampaian Sijil EKSA MAMPU kepada semua Zon EKSA telah diadakan bersempena Perhimpunan Bulanan JKSNPP. Semua Zon telah berjaya mendapat pensijilan semula EKSA dengan status keputusan yang cemerlang. Sijil ini berkuatkuasa dari 1 November 2018 sehingga 31 Oktober 2020. Tahniah kepada Zon Lebuh Light yang turut mendapat Sijil Pengiktirafan kategori cemerlang. Semoga amalan EKSA dapat dipertingkatkan serta diamalkan dari semasa ke semasa.


Share

Twitter Facebook