"KEMAS, BERSIH DAN CERIA PENCETUS TRANSFORMASI KERJA BERKUALITI"

Pages

Induk EKSA JKSNPP

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG

Zon Lebuh Armenian

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Zon Lebuh Campbell

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Zon Lebuh Downing

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH BARAT DAYA

Zon Lebuh King

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

Zon Lebuh Light

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG

Zon Lebuh Queen

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT

Zon Lebuh Victoria

UNIT PENTADBIRAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PULAU PINANG

GOTONG ROYONG EKSA BILANGAN 2 TAHUN 2020

15 Ogos 2020 (SABTU) - Zon Georgetown telah mengadakan Program Gotong-royong EKSA pada hari ini. Program ini bertujuan untuk memperbetulkan segala yang telah ditegur oleh para Juruaudit EKSA pada Audit Dalaman Bilangan 1 tempoh hari. Semangat gotong-royong seumpama ini perlu disuburkan kerana ia dapat merapatkan hubungan antara warga zon seterusnya dapat menghasilkan kerjasama baik disamping dapat meningkatkan silaturrahim. Terima kasih kepada semua warga Zon Georgetown di atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang program ini berlangsung.










AUDIT DALAMAN EKSA BILANGAN 1 TAHUN 2020

28 Julai 2020 (SELASA) - Hari ini Zon Georgetown telah menjalani Audit Dalaman EKSA kali pertama bagi tahun 2020. Seramai 5 orang juruaudit didatangkan ke Zon Georgetown bagi mengaudit mengikut kriteria-kriteria EKSA yang telah ditetapkan. Terima kasih atas kerjasama ahli-ahli Zon Georgetown yang turut serta sepanjang auditan dijalankan.

 















GOTONG ROYONG PERDANA EKSA BILANGAN 1 TAHUN 2020

24 Julai 2020 (JUMAAT) - Hari ini telah diadakan Gotong-royong Perdana EKSA pertama kalinya bagi tahun 2020 bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang sebagai persediaan menghadapi Audit Dalam EKSA pada 27 Julai 2020 hingga 30 Julai 2020. Semua ahli Zon Georgetown terlibat di dalam gotong-royong ini.




SALAM RAMADHAN

Ramadhan Kareem....
Meskipun Aidilfitri tahun ini tidak dapat disambut bersama sanak-saudara di kampung halaman, kemanisan perayaan itu masih boleh dirasai walaupun diraikan dalam situasi normal baharu.
Orang ramai terpaksa akur ancaman pandemik Covid-19 di seluruh dunia ketika ini masih belum pulih dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk membendung wabak ini membataskan masyarakat menyambut Hari Raya bersama keluarga tercinta.
Namun begitu, ia tidak bermakna Hari Raya kali ini akan disambut dalam suasana suram dan bersedih kerana Aidilfitri diraikan sebagai tanda kemenangan dan kejayaan umat Islam selepas berjaya melaksanakan ibadah puasa wajib selama sebulan selain mengharungi ujian dan cabaran sepanjang Ramadhan.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri daripada kami Warga ZON GEORGETOWN.


SELAMAT HARI PEKERJA


Selamat Hari Pekerja bagi tahun 2020 daripada kami warga ZON GEORGETOWN

TAHNIAH & SELAMAT DATANG KEPADA KETUA HAKIM SYARIE


Warga JKSNPP mengucapkan tahniah kepada YAA Tuan Muhamad Abdul Karim Bin Wahab atas pelantikan sebagai Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Semua warga JKSNPP berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan YAA ke jabatan ini.

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN


PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Perintah dibuat di bawah Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 Dan Akta Polis 1967

SELAMAT DATANG 2020


Detik Demi Detik,
Hari Demi Hari,
Hingga Bulan Demi Bulan Telah Mengusung Banyak Cerita,
Suka Duka..Menjadi Warna Nyata Dalam Hidup Kita,
Tapi Biarkan Semua Menjadi Kenangan Yang Terpahat,...
Kini Tahun Baru Telah Mendatangi Kita,
Tibanya Kita Memperbaiki Kegagalan Menjadi Kejayaan,
Kita Buka Lembar Kisah Baru Dengan Semangat Dan Keceriaan
Selamat Menyambut Tahun Baru 2020 Daripada Warga ZON GEORGETOWN

Share

Twitter Facebook