"KEMAS, BERSIH DAN CERIA PENCETUS TRANSFORMASI KERJA BERKUALITI"

Pages

GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA BILANGAN 2 TAHUN 2019

Jumaat, 6 September 2019 - Program Gotong-royong Perdana telah diadakan melibatkan semua Zon dan kawasan persekitaran JKSNPP dan Mahkamah-mahkamah Rendah. Program ini diadakan sebagai persediaan menghadapi Audit Dalam EKSA pada 11 hingga 12 November 2019 nanti. Gotong-royong ini diadakan seharian bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Semua kakitangan terlibat di dalam aktiviti gotong-royong ini. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti mengemas kawasan perkarangan mahkamah, menanam pokok-pokok, mengemas ruang pejabat, mengemas meja kerja dan lain-lain lagi. Persekitaran yang kondusif terbukti menjadi satu faktor positif bagi meningkatkan produktiviti dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan warga JKSNPP. Keadaan ini dapat diwujudkan dengan pelaksanaan program-program kualiti yang dapat meningkatkan imej JKSNPP. Warga JKSNPP amat komited dan memberi komitmen penuh bersesuaian dengan polisi EKSA JKSNPP.

Gotong- Royong Di Perkarangan Kawasan Pejabat

Mengemas Barangan Terpakai

Sisih Barangan Yang Tidak Digunakan Lagi

Menyusun Semula Fail-fail

Menebang Ranting-ranting Pokok

Share

Twitter Facebook