"KEMAS, BERSIH DAN CERIA PENCETUS TRANSFORMASI KERJA BERKUALITI"

Pages

Induk EKSA JKSNPP

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG

Zon Lebuh Armenian

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Zon Lebuh Campbell

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Zon Lebuh Downing

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH BARAT DAYA

Zon Lebuh King

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

Zon Lebuh Light

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG

Zon Lebuh Queen

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT

Zon Lebuh Victoria

UNIT PENTADBIRAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PULAU PINANG

PENUTUPAN PENGAUDITAN EKSA MAMPU

Khamis, 04 Oktober 2018 - Telah diadakan Mesyuarat Penutupan Pengauditan EKSA MAMPU pada hari ini. Mesyuarat bermula pada jam 9.00 pagi. Pihak Juruaudit telah memberikan teguran dan pujian setelah auditan berjaya dilaksanakan. Terdapat beberapa teguran yang perlu diperbaiki dan ditambahbaikan serta perlu diberikan jawapan dalam tempoh 3 hari bekerja.






PENILAIAN AUDIT EKSA MAMPU

Selasa, 02 Oktober 2018 - Hari ini telah berlangsungnya Audit Pensijilan EKSA MAMPU di beberapa Zon EKSA di JKSNPP. 2 orang Juruaudit dari MAMPU telah ditugaskan untuk membuat pengauditan iaitu Puan Zuasma Binti Yahya dan Puan Nur Amalina Binti Zakaria. Lebuh Light turut diaudit pada hari ini oleh Puan Nur Amalina Binti Zakaria. Setiap sudut di Lebuh Light diaudit oleh beliau. Terdapat juga teguran dan pujian yang diberikan.






AUDIT PENSIJILAN EKSA (MAMPU)

Akan diadakan Audit Pensijilan EKSA oleh MAMPU yang akan berlansung dari 2 hingga 4 Oktober 2018. Harap semua ahli Lebuh Light dapat bersiap sedia menghadapi audit ini nanti.


MESYUARAT EKSA BIL.2/2018

Sabtu, 22 September 2018 - Telah diadakan Mesyuarat EKSA Bil.2/2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 6 JKSNPP. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Zon sendiri iaitu Haji Mohd Yusri Bin Salleh. Di dalam mesyuarat membincangkan berkaitan persiapan bagi menghadapi audit pensijilan Mampu pada 2 hingga 4 Oktober 2018 nanti. Selepas mesyuarat tersebut telah diadakan gotong-royong lagi bagi penambaikan Lebuh Light.



PENILAIAN SUDUT INFORMASI & PENGIKTIRAFAN TERBAIK DAN LACI PALING KREATIF

Khamis, 20 September 2018 - AJK Promosi telah mengadakan Pertandingan Sudut Informasi & Pengiktirafan Terbaik dan Laci Paling Kreatif. Penilaian oleh para juri telah diadakan pada hari ini bagi setiap zon.


*Penilaian Juri pada Sudut Informasi


*Penilaian pada Sudut Pengiktirafan

*Penilaian pada laci kakitangan


GOTONG-ROYONG

Sabtu, 15 September 2018 - Telah diadakan gotong-royong bagi persiapan menghadapi Audit Pensijilan EKSA oleh MAMPU yang akan berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober 2018. Seramai 20 ahli Lebuh Light yang hadir memberikan kerjasama di dalam gotong-royong ini. Ia diadakan bagi penambaikan lagi Lebuh Light bagi menghadapi audit nanti.

*Menyiapkan tagging

*Penyusunan semula kerusi di hadapan kaunter

*Kerja-kerja laminate sedang dijalankan

*Ahli-ahli yang turut serta hadir


JAMUAN AIDILFITRI LEBUH LIGHT

Khamis, 12 Julai 2018 - Lebuh Light telah mengadakan Ruman Terbuka Aidilfitri yang bertempat di Dewan Serbaguna JKSNPP. Setiap individu atau unit di dalam Lebuh Light diminta untuk menyediakan 1 juadah bagi rumah terbuka ini. Menu utama yang dihidangkan adalah nasi hujan panas selain dari menu-menu lain seperti laksa, char kue teow, spageti, pizza, kuih-muih dan banyak lagi. Setiap lebuh dijemput menghadiri rumah terbuka ini termasuk peguam dan pendakwa bagi memeriahkan majlis.




*Antara tetamu yang hadir


PERTANDINGAN BLOG EKSA

Rabu, 23 Mei 2018 - Hari ini telah diadakan penilaian bagi Pertandingan Blog EKSA paling kreatif yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Puan Salbiah Binti Mat dan Puan Siti Fairuz Binti Mustafa dari Bahagian Teknologi Maklumat Kerajaan Negeri  telah dijemput sebagai juri jemputan bagi memberikan pemarkahan untuk pertandingan ini. Sebanyak 4 kriteria telah dinilai di dalam pertandingan ini iaitu Kandungan Blog, Persembahan, Kreatviti dan Korporat serta Komitmen.




 Juri Jemputan


Ketua Zon & Pentadbir Blog bergambar bersama Juri Jemputan

Selamat Datang

Selamat datang diucapkan kepada para juri jemputan yang sudi meluangkan masa bagi menilai Blog Eksa Zon  di JKSNPP.



HARI INOVASI 2018

Khamis, 03 Mei 2018 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Peraduan Innovation Blast 2018 sempena Hari Inovasi peringkat jabatan. Objektif peraduan bertujuan untuk memberikan cadangan idea inovasi dan kreatif yang boleh dibangunkan di peringkat jabatan. Peraduan terbahagi kepada dua kategori iaitu individu dan kumpulan. Setiap daerah perlu menyertai sekurang-kurangnya satu penyertaan bagi setiap kategori.

Lebuh Light juga telah turut serta dalam pertandingan tersebut termasuklah beberapa penyertaan daripada Unit Mahkamah Tinggi, Unit ICT, Seksyen Rekod dan Bahagian Sokongan Keluarga. Bagi kategori individu, Tuan Nik Suhaimi Bin Nik Saberi daripada BSK telah mendapat tempat pertama dan memenangi wang tunai berjumlah RM 200 berserta sijil. Manakala tempat kedua telah dimenangi oleh Puan Noriswani Binti Hussin dengan mendapat wang tunai berjumlah RM 150 dan tempat ketiga dimenangi oleh Puan Hamizah Binti Hamid mendapat wang tunai berjumlah RM 100. Lebuh Light mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pemenang sekaligus merangkul kesemua tempat bagi kategori individu.



KETUA ZON BARU

Rabu, 02 Mei 2018 - Encik Mohd Yusri Bin Salleh dengan rasminya telah menjadi Ketua Zon Lebuh Light pada hari ini mengantikan Ketua Zon yang lama iaitu Pn.Nor Azlina Binti Abdul Aziz. Beliau telah ditukarkan dari MRS Seberang Perai Utara (Lebuh Armenian) ke Mahkamah Tinggi Syariah (Lebuh Light) berkuatkuasa pada hari ini 02 Mei 2018. Selamat datang diucapkan kepada Ketua Zon yang baru dan selamat maju jaya di sini.



KURSUS PEMERKASAAN EKSA

Jumaat, 20 April 2018 - Jawatankuasa Latihan Induk EKSA Jabatan telah menganjurkan Kursus Pemerkasaan EKSA yang diadakan di MRS Daerah Barat Daya. Pegawai dari Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Tanjung Malim iaitu  SR. Rabiulkhair Bin Mohd Nor telah dijemput untuk menyampaikan kursus tersebut. Kursus ini telah dihadir seramai 50 orang peserta. Kursus ini bertujuan mendedahkan peserta mengenai aspek keselamatan, kreativiti dan inovasi untuk diaplikasikan bagi menghadapi audit pengsijilan semula EKSA oleh pihak MAMPU yang kemugkinan akan dijalankan pada bulan Ogos akan datang.




AUDIT DALAMAN EKSA BIL 1/2018

Selasa, 20 Februari 2018 - Zon Lebuh Light Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah menerima lawatan Audit Dalam EKSA Bil. 1/2018 seramai 5 orang Juru Audit yang diketuai oleh Pn. Dalila Hanisah Binti Abu Bakar. 

Susulan daripada audit tersebut semua ahli zon telah bersungguh-sungguh memperbaiki kekurangan terutamanya dalam teguran audit sebelumnya dan membuat beberapa penambahbaikan bagi menceriakan lagi zon EKSA di lokasi  masing-masing. Tujuan audit ini dijalankan adalah untuk melihat pematuhan kriteria EKSA untuk diamalkan bagi memupuk amalan EKSA yang baik bagi persekitaran pentadbiran pejabat.

Share

Twitter Facebook