"KEMAS, BERSIH DAN CERIA PENCETUS TRANSFORMASI KERJA BERKUALITI"

Pages

Induk EKSA JKSNPP

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG

Zon Lebuh Armenian

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Zon Lebuh Campbell

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Zon Lebuh Downing

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH BARAT DAYA

Zon Lebuh King

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

Zon Lebuh Light

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG

Zon Lebuh Queen

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT

Zon Lebuh Victoria

UNIT PENTADBIRAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PULAU PINANG

BENGKEL PENGURUSAN BLOG EKSA

Khamis - 17 November 2016

Bengkel Pengurusan BLOG EKSA untuk semua ZON

Bengkel Pengurusan Blog EKSA di Pengerusikan oleh  Tn. Muhammad Ridhuwan Ibrahim. Semua Zon Lebuh hadir ke bengkel pada hari ini. Bengkel ini di kendalikan oleh Pegawai ICT Encik Khairil Izwan. Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberi panduan penggunaan blog dan kemaskini blog lebuh masing-masing.




AUDIT PENSIJILAN EKSA (MAMPU) di Zon Lebuh Light akan dilaksanakan oleh ENCIK AHMAD NAJME BIN MUHAMMAD pada 14 Mac 2016 (Isnin) jam 02.00 - 04.00 petang..

Nantikan kemunculan beliau di Zon kita...








Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..dah lepas Audit Dalaman EKSA bagi Zon Lebuh Light pada 25 Februari 2015 (Khamis) yang lepas..
Terima kasih kepada juruaudit-juruaudit yang terlibat..sama-sama lah kita nantikan keputusannyaaa...




Ini adalah logo bagi zon kami iaitu Zon Lebuh Light.Mentol diambil sebagai simbolik untuk "LIGHT" yang sentiasa bercahaya dan bersinar.Dari simbolik mentol ini juga tercetusnya pelbagai idea, inspirasi, kreatif dan inovasi EKSA.

Akronim perkataan "LIGHT"

L   -   LESTARI
I    -   INOVASI
G  -   GEMILANG
H  -   HARMONI
T  -   TEGUH

20 FEBRUARI 2016



LAPORAN JAWATANKUASA PROMOSI

LAPORAN AKTIVITI

TARIKH : 20 FEBRUARI 2016
AKTIVITI : GOTONG ROYONG EKSA

Aktiviti Gotong-royong EKSA Zon Lebuh Light telah di jalankan pada jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.
Antara agenda yang dijalankan adalah seperti berikut :

  • Taklimat daripada Ketua Zon
  • Gotong royong di workstation masing-masing ahli Lebuh Light
  • Gotong royong kawasan Lebuh Light 

AKTIVITI GOTONG ROYONG








JAWATANKUASA PROMOSI LEBUH LIGHT


LAPORAN AKTIVITI


TARIKH      : 18/02/2016

AKTIVITI   : GOTONG ROYONG BILIK FAIL



Pada 18/2/2016 Lebuh Light telah mengadakan gotong royong bilik fail.


Aktiviti Yang Dilakukan

1.    Menyisih barang-barang yang tidak diperlukan dan sepatutnya.

2.    Menyusun semula kotak-kotak fail kes menjadi lebih teratur dan kemas.

3.    Mengemas dan membersih bilik fail.


Tujuan

1.    Fail-fail senang dikesan dan dicapai.

2.    Bilik yang bersih dan susun atur yang sistematik.






                         



Assalamualaikum...


Untuk pengetahuan semua warga JKSNPP, Audit Dalaman EKSA di Zon Lebuh Light akan diadakan pada 25 Februari 2016 (Khamis) jam 2.30-5.00 petang. Juruaudit-juruaudit yang akan menilai terdiri daripada:
  • Tuan Mohamad Shahidan bin Abdul Ghapar,
  • Puan Dalila binti Abu Bakar,
  • Puan Zarina binti Mustapa, dan
  • Puan Shifa binti Abdul Samad
Kepada ahli-ahli Zon Lebuh Light nantikan kehadiran mereka di zon kita.



25 FEBRUARI 2016 (KHAMIS) - AUDIT DALAMAN EKSA ZON LEBUH LIGHT
 
Diharap semua ahli Zon Lebuh Light dapat mempersiapkan zon dan workstation masing-masing..heuuuu

Kisah Di sebalik Nama Lebuh Light (A Story Behind Light's Street Name)



Hai , nama saya Francis Light, Captain Francis Light. Saya dilahirlan di Suffolk, England. Saya merupakan bekas kelasi Angkatan Laut Diraja British dari tahun 1759-1763 dan kemudiannya saya menyertai Kompeni Hindia-Timur Inggeris (KHTI) sebagai pedagang. Sekitar tahun 1786, KHTI telah menghantar saya ke sebuah pelabuhan baru bagi British bagi menguruskan kawasan tersebut. Saya diarahkan ke Kedah untuk mendapatkan persetujuan dari Sultan Kedah bagi membuka satu pengkalan baru di Pulau Pinang. Ketika saya berlabuh di Esplanade ( Padang Kota Lama). Kawasan tersebut hanya dipenuhi tumbuh-tumbuhan liar dan hutan tebal.

LEBUH LIGHT atau nama Inggerisnya “LIGHT STREET” merupakan jalan pertama yang ditandakan di kawasan penempatan yang baru diteroka di Georgetown. Untuk membersihkan kawasan tersebut, saya telah melepaskan tembakan meriam yang berisi syiling perak sebagai habuan kepada penduduk tempatan untuk melakukan kerja- kerja pembersihan tersebut. Akhirnya saya menamakan jalan tersebut dengan nama “ Light” sempena dengan nama keluarga saya.Melalui jalan tersebut maka wujudlah berberapa jalan lain yang berkembang dari jalan tersebut.

Di atas jalan ini juga saya telah membina rumah saya,begitu juga dengan sahabat baik rakan kongsi perdagangan saya , James Scott. Pada ketika itu, Kota Cornwallis ( Fort Cornwallis) masih belum wujud lagi tapi saya telah membina kubu dari pagar kayu yang di perbuat dari batang nibong yang terletak di hujung tanjung. Kemudian sebuah jeti dinaikkan di penghujung jalan Lebuh Light dan juga terdapat sebuah telaga yang digali (oleh saya) untuk kemudahan penduduk di sekitar jalan tersebut. Jeti ini telah digantikan dengan “ Pelabuhan Swettenham” atau Swettenham Pier pada hari ini apabila tanah disekitar jeti itu telah ditebus guna.

Lebuh Light merupakan jalan yang lurus seperti anak panah dan jalan ini berakhir di pintu pagar sekolah Convent. Pada Awal kurun ke -19 , kawasan jalan ini banyak didiami oleh pihak, tentera, polis dan Pentadbir British. Pada tahun 1805,apabila Pulau Pinang di naikkan taraf sebagai “Presidency” barulah terdapat bebebrapa bangunan gah yang dibina yang masih tersergam megah sehingga hari ini seperti bangunan Majlis Dewan Undangan Negeri yang dahulunya merupakan Makhkamah Perakam yang juga sebahagian besarnya merupakan Balai Polis Pusat.


Dalam Bahasa Hokkien, Lebuh Light dikenali dengan nama Po Le Khua yang membawa maksud “ Pintu ke Balai Polis”. Lebuh Light berkembang maju sedikit demi sedikit dari awal abad ke 20 -21 hingga ke hari ini.

Share

Twitter Facebook