"KEMAS, BERSIH DAN CERIA PENCETUS TRANSFORMASI KERJA BERKUALITI"

Pages

Induk EKSA JKSNPP

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG

Zon Lebuh Armenian

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Zon Lebuh Campbell

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Zon Lebuh Downing

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH BARAT DAYA

Zon Lebuh King

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

Zon Lebuh Light

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH PULAU PINANG

Zon Lebuh Queen

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TIMUR LAUT

Zon Lebuh Victoria

UNIT PENTADBIRAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PULAU PINANG

Kisah Di sebalik Nama Lebuh Light (A Story Behind Light's Street Name)



Hai , nama saya Francis Light, Captain Francis Light. Saya dilahirlan di Suffolk, England. Saya merupakan bekas kelasi Angkatan Laut Diraja British dari tahun 1759-1763 dan kemudiannya saya menyertai Kompeni Hindia-Timur Inggeris (KHTI) sebagai pedagang. Sekitar tahun 1786, KHTI telah menghantar saya ke sebuah pelabuhan baru bagi British bagi menguruskan kawasan tersebut. Saya diarahkan ke Kedah untuk mendapatkan persetujuan dari Sultan Kedah bagi membuka satu pengkalan baru di Pulau Pinang. Ketika saya berlabuh di Esplanade ( Padang Kota Lama). Kawasan tersebut hanya dipenuhi tumbuh-tumbuhan liar dan hutan tebal.

LEBUH LIGHT atau nama Inggerisnya “LIGHT STREET” merupakan jalan pertama yang ditandakan di kawasan penempatan yang baru diteroka di Georgetown. Untuk membersihkan kawasan tersebut, saya telah melepaskan tembakan meriam yang berisi syiling perak sebagai habuan kepada penduduk tempatan untuk melakukan kerja- kerja pembersihan tersebut. Akhirnya saya menamakan jalan tersebut dengan nama “ Light” sempena dengan nama keluarga saya.Melalui jalan tersebut maka wujudlah berberapa jalan lain yang berkembang dari jalan tersebut.

Di atas jalan ini juga saya telah membina rumah saya,begitu juga dengan sahabat baik rakan kongsi perdagangan saya , James Scott. Pada ketika itu, Kota Cornwallis ( Fort Cornwallis) masih belum wujud lagi tapi saya telah membina kubu dari pagar kayu yang di perbuat dari batang nibong yang terletak di hujung tanjung. Kemudian sebuah jeti dinaikkan di penghujung jalan Lebuh Light dan juga terdapat sebuah telaga yang digali (oleh saya) untuk kemudahan penduduk di sekitar jalan tersebut. Jeti ini telah digantikan dengan “ Pelabuhan Swettenham” atau Swettenham Pier pada hari ini apabila tanah disekitar jeti itu telah ditebus guna.

Lebuh Light merupakan jalan yang lurus seperti anak panah dan jalan ini berakhir di pintu pagar sekolah Convent. Pada Awal kurun ke -19 , kawasan jalan ini banyak didiami oleh pihak, tentera, polis dan Pentadbir British. Pada tahun 1805,apabila Pulau Pinang di naikkan taraf sebagai “Presidency” barulah terdapat bebebrapa bangunan gah yang dibina yang masih tersergam megah sehingga hari ini seperti bangunan Majlis Dewan Undangan Negeri yang dahulunya merupakan Makhkamah Perakam yang juga sebahagian besarnya merupakan Balai Polis Pusat.


Dalam Bahasa Hokkien, Lebuh Light dikenali dengan nama Po Le Khua yang membawa maksud “ Pintu ke Balai Polis”. Lebuh Light berkembang maju sedikit demi sedikit dari awal abad ke 20 -21 hingga ke hari ini.

Share

Twitter Facebook