Hai , nama saya Francis Light, Captain Francis
Light. Saya dilahirlan di
Suffolk, England. Saya merupakan bekas kelasi Angkatan Laut Diraja British dari
tahun 1759-1763 dan kemudiannya saya menyertai Kompeni Hindia-Timur Inggeris
(KHTI) sebagai pedagang. Sekitar tahun 1786, KHTI telah menghantar saya ke sebuah
pelabuhan baru bagi British bagi menguruskan kawasan tersebut. Saya diarahkan
ke Kedah untuk mendapatkan persetujuan dari Sultan Kedah bagi membuka satu
pengkalan baru di Pulau Pinang. Ketika saya berlabuh di Esplanade ( Padang Kota
Lama). Kawasan tersebut hanya dipenuhi tumbuh-tumbuhan liar dan hutan tebal.
LEBUH LIGHT atau nama Inggerisnya “LIGHT
STREET” merupakan jalan pertama yang ditandakan di kawasan penempatan
yang baru diteroka di Georgetown. Untuk membersihkan kawasan tersebut, saya
telah melepaskan tembakan meriam yang berisi syiling perak sebagai habuan
kepada penduduk tempatan untuk melakukan kerja- kerja pembersihan tersebut.
Akhirnya saya menamakan jalan tersebut dengan nama “ Light” sempena dengan nama
keluarga saya.Melalui jalan tersebut maka wujudlah berberapa jalan lain yang
berkembang dari jalan tersebut.
Di atas jalan ini juga saya telah membina rumah saya,begitu
juga dengan sahabat baik rakan kongsi perdagangan saya , James Scott. Pada
ketika itu, Kota Cornwallis ( Fort Cornwallis) masih belum wujud lagi tapi saya
telah membina kubu dari pagar kayu yang di perbuat dari batang nibong yang
terletak di hujung tanjung. Kemudian sebuah jeti dinaikkan di penghujung jalan
Lebuh Light dan juga terdapat sebuah telaga yang digali (oleh saya) untuk
kemudahan penduduk di sekitar jalan tersebut. Jeti ini telah digantikan dengan
“ Pelabuhan Swettenham” atau Swettenham Pier pada hari ini apabila tanah
disekitar jeti itu telah ditebus guna.
Lebuh Light merupakan jalan yang lurus seperti anak panah
dan jalan ini berakhir di pintu pagar sekolah Convent. Pada Awal kurun ke -19 ,
kawasan jalan ini banyak didiami oleh pihak, tentera, polis dan Pentadbir
British. Pada tahun 1805,apabila Pulau Pinang di naikkan taraf sebagai
“Presidency” barulah terdapat bebebrapa bangunan gah yang dibina yang masih
tersergam megah sehingga hari ini seperti bangunan Majlis Dewan Undangan Negeri yang dahulunya merupakan
Makhkamah Perakam yang juga sebahagian besarnya merupakan Balai Polis Pusat.
Dalam Bahasa Hokkien, Lebuh Light dikenali dengan nama Po Le Khua yang membawa maksud “ Pintu ke Balai Polis”. Lebuh Light berkembang maju sedikit demi sedikit dari awal abad ke 20 -21 hingga ke hari ini.